Pages

Sunday, March 27, 2011

The writer's block


Inilah situasi saya sekarang. Begitu banyak sangat perkara yang harus ditulis, sehingga saya jadi buntu.. Teori apa yang saya harus ikut? metodologi apa yang saya harus pilih? siapakah responden saya? Tajuk apa sebenarnya yang harus saya pilih? makin banyak membaca, otak jadi makin buntu. Apa yang harus dilakukan ini. 

Wednesday, March 9, 2011

idea [5]

Ayie memandang qwerty keyboard sambil otaknya berpusing-pusing mencari susunan ayat yang terbaik untuk ditulis di dalam proposalnya. Temujanji dengan penyelianya, Dr. Ahmad sudah ditetapkan pada hari Isnin minggu depan. Sewajarnya dia harus bergerak pantas, kerana jadual Dr. Ahmad agak padat. Ayie tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan cerita-cerita korea, facebook.
                Facebook tersebut perlu dihibernasi buat sementara waktu nampaknya. Dia megangkat, bersila di atas kerusi. Postur tubuh badanya ditegakkan. Takut bongkok. Teringat kata mama yang pernah menegur postur badanya yang agak melengkung ini.
                “Kak long, Akmal tak jadi balik cuti sekolah ni.” Akmal terus memberitahunya ketika dia di pejabat petang tadi.
                “Kenapa?” dahi Ayie berkerut. Jarang sekali Akmal mahu menghabiskan cutinya di sekolah. Selalunya, pantang cuti sekolah. Awal-awal lagi Akmal dah beli tiket untuk pulang ke kampong.
                “Mal nak masuk pertandingan hafazan Quran. Mal nak jadi wakil daerah.” Terang Akmal tulus.
                “Baguslah.” Suara Ayie kedengaran agak girang. “So, bila pertandingannya?”
                “Bulan depan.”
                “Habistu cuti ni ada apa kat sekolah yang tak mahu balik?”
                “Mal ada kelas tasmi’  ustaz. Siapa yang nak masuk pertandingan ni, kena lepas dulu ujian tasmi’ baru layak.”
                “Oooo” bulat mulut Ayie.
                ****
                Teet.. Teet.. Teet..
                Telefon bimbit Ayie berbunyi lagi sejurus dia habis berbual dengan Akmal di talian sebentar tadi. Dia menekan keypad pantas. Akmal lupa nak pesan apa-apa la tu. Detik hatinya.
                017-*******
                Miss, tadi ada test kan. Saya over slept la, boleh tak saya ambil test tu balik.

                Ayie mengetap bibir geram. Malas di layan perangai pelajar-pelajarnya. Bukan tidak diberitahu, dengan selambanya alas an terlajak tidur. Dia orang ni langsung tiada rasa bersalah.  Ucapan maaf pun tiada. Apa nak jadi dengan pelajar sekarang.
                Mesej tersebut dibiar begitu sahaja. Malas nak beri muka kepada pelajar seperti itu. Mana pergi adab mereka kepada pensyarah? Walaupun Ayie masih tidak ada panggilan Dr. Phd dihadapan namanya, tapi mereka tetap perlu menghormatinya sebagai salah seorang yang memberikan ilmu kepada mereka.
                Teet.. Teet..Teet.. Telefon bimbit Ayie berbunyi lagi. Meriah sungguh hari ini.
                019-5436767????
Bibir Ayie tersenyum lebar.
                Awak buzy?
                Tangan Ayie pantas menekan keypad telefon bimbitnya , cepat di balas kepada si dia nun jauh di sana.
                Tak.  Kenapa?
                019-5436767????
                Saya ada hal nak bincang dengan awak. Boleh tak kita jumpa??
               
Ayie 02.40 p.m
                Nak jumpa bila?
               
                019-5436767???? 2.45 p.m
Weekend ni? Ok tak?
               
Lorrr. Weekend ke. Ingatkan nak jumpa hari ini. Beria betul.
               
Weekend. Pukul 11 pagi. Saya akan datang dengan Arin.
            Dan Ayie pun jadi tak sabar-sabar menantikan kunjung tibanya hujung minggu. Kenapa rasa lambat sangat nak tiba hari tersebut. Berdebar  hatinya untuk mendengar perkara yang hendak dipincang tersebut.
               

               

Friday, March 4, 2011

Jika BELUM siap.. cintailah dalam diam

Entry kali ini bukan di tulis oleh tuan tanah.. tuan tanah terjumpa di dalam FB seseorang. Jadi entry ini di kreditkan untuk Nadiatul Husna. Thanks Nadia.. untuk kata-kata yang betul menyentuh jiwa..


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...



~Gambar ehsan Mr Google~

Saturday, February 26, 2011

Apa sudah jadi?

“ Hello. Kenapa call?” kedengaran suara Izham di hujung talian. Ayie tersentak. Kenapa call? Kasar bunyinya.
            “Assalamualaikum. Amboi kasarnya. Kenapa call?” Ayie pura-pura ketawa. Memujuk hatinya yang tersentap seketika tadi. Izham di hujung talian hanya membisu sepi. Tawa Ayie serta merta mati.
            “Awak sibuk ke?” soal Ayie.
            “Tak.” Pendek jawapan Izham.
            “Oh.” Perlahan suara Ayie membalas. Suasana bersambung sepi. Kalau situasi berpanjangan macam ni, syarikat celcom juga yang makin kaya. Telefon tapi tak cakap. Masing-masing membisu. Ayie menarik nafas panjang. Ini tak boleh jadi.
            “Ok la. Saja telefon tadi. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam” Izham membalas dan memutuskan panggilan.
            Gulp. Ayie terkedu. Tiba-tiba dia rasa dadanya sakit. Hatinya kian pedih. Kalau begini rasanya, sudah pasti dia tak akan melangkah ke dalam percintaan ini. Memang betul pun orang kata, percintaan ini bahaya. Seperti jurang yang dalam. Sekali kita sudah melangkah masuk. Pasti susah kita untuk mendaki keluar.
            

Friday, February 18, 2011

Kisah Ini Tentang Am

K.I.T.A
Peluh memercik di dahi. Banyak mata-mata sedang memerhatikannya. Dia tunduk rapat seolah-olah mahu dicium tangannya sendiri.
                “Am. Cepat, baca doa. Doa Bahasa Melayu pun tak pa.” Kata Pakcik Ki di sebelahnya. Dia mengangguk.
                Sudah berkali-kali dia menolak untuk membaca doa malam itu. Tapi Pakcik Ki yang beria. “Doa dari anak yang soleh adalah lebih baik, Am. Kita doakan untuk ayah kita sendiri. Lagi ikhlas. Doa tu dari hati kita.” Kata Pakcik Ki tadi sewaktu Izham memberikan seribu satu alasan.
                Izham mengelap dahinya. Dia menggeleng kepalanya berkali-kali, lalu menoleh memandang kepada Pakcik Ki.Sayu. “Am, tak boleh Pakcik Ki.”
                Pakcik Ki merenung pemuda dihadapannya. Memang nampak kegugupan ditambah dengan peluh yang memercik di dahinya. Am.. Am.. Nak baca doa untuk ayah sendiri pun berpeluh. Pakcik Ki menggeleng kepala. Bagaimana mahu menjadi ketua keluarga nanti?
                Izham tertunduk rapat ketika Pakcik Ki membacakan doa. Sewajarnya dia yang membaca doa. Betul kata Pakcik Ki, anak yang mendoakan ayah sendiri. Lebih ikhlas. Tapi dia tak layak untuk mendoakan ayah. Doanya pasti tidak diterima. Sampai sahaja di pintu langit pertama, doanya sudah ditendang oleh malaikat penjaga ke mukanya kembali.
                “Jom kita makan.” Pakcik Ki menepuk peha Izham, lalu dia mengangguk pantas.
                Malam itu hati Izham benar-benar tidak keruan. Malu.Berkali-kali dia terpandang beberapa mata yang sedang menggeleng-gelengkan kepala padanya. Geleng la hampa puas-puas. Hampa bukan tahu apa yang aku rasa. Pening perut memikirkan nak baca doa apa. Semua doa yang pernah belajar dulu dah lupa habis. Sewaktu  belajar di Maktab Mahmud dulu ada lah dua tiga doa yang diajar oleh abang Badan Dakwah. Tetapi setelah masuk dunia pekerjaan ini, habis doa –doa itu jadi simpanan sahaja. Mana taknya. Dia bekerja 24 jam sehari. Siang sebagai dispatch dan malam menjual burger. Mana sempat kaki ini melangkah ke majlis-majlis pengajian di masjid. Ah, semua itu alasan. Kalau hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.
                Tetapi semenjak dia menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur ini, dia semakin jauh dengan pintu masjid. Malah tikar sejadah dia mulai lupa. Malahan ketika keluar dengan Mas, sehari suntuk pun, tak pernah pula dia mendengar Mas meminta darinya untuk berhenti untuk sembahyang. Malu pula dia untuk tiba-tiba sembahyang. Nanti Mas kata dia nak buat alim pula. Alim-alim kucing. Tapi nampak ikan disebelah, diterkamnya juga. Izham terduduk. Ya Allah banyak sungguh maksiat yang telah dia lakukan, sehinggakan dia jadi takut untuk menyebutkan satu persatu. Peluh memercik di dahinya. Seandainya tiba-tiba saat ini Malaikat Izrail menjemputnya, apakah amalan yang akan dibawanya. Sudah pasti neraca amalannya akan berat di sebelah kiri. Sudah pasti. Dia telah melakukan dosa besar. Dosanya seperti putera Khalifah Ar-Rasyidin kedua. Dia meraup mukanya pula.
                “Am.”
                Izham pantas mendongak kepalanya. Pakcik Ki di hadapannya.
                “Jom makan.” Pelawa lelaki dihadapannya itu. Izham hanya mengangguk.
                Pakcik Ki menghampirinya Lalu menepuk bahunya. “Sudahlah. Jangan fikir sangat. Nanti lepas ni boleh belajar balik baca doa tu. Pakcik Ki pun bukan pandai sangat.”
                Izham hanya mampu tersenyum tawar. Pakcik Ki tak tahu, hal ini bukan sekadar tak tahu baca doa. Malah ini lebih teruk. Jika Pakcik Ki tahu apa yang telah dia lakukan selama ini, adakah mampu lagi lelaki itu untuk duduk di sebelah dengannya. Dia telah melakukan maksiat. Maksiat yang besar. Dia berdosa. Orang sepertinya tidak layak untuk menghampiri syurga lagi. Dia adalah bakal menjadi bahan bakaran neraka.
                “Kat surau ni, setiap lepas maghrib kita ada buat pengajian maghrib. Am bolehlah mai lepas ni.” Sambung Pakcik Ki lagi. Izham hanya mampu mengangguk. Di kala ini dia hanya mampu angguk dan terus mengangguk mendengar apa yang dituturkan oleh lelaki itu.

Thursday, February 17, 2011

Akmal oh Akmal

                Akmal buat hal lagi. Kerana perkara ini membuatkan Ayie terpaksa membatalkan kelas pagi ini. Dia harus ke sekolah Akmal. Guru besar hendak berjumpa penjaga Akmal. Ayie mengeluh perlahan. Sejak dua menjak ini, perangai Akmal makin menjadi-jadi. 
                “Mal tak kira. Mal nak berhenti dari sekolah. Mal dah tak boleh belajar. Mal benci tinggal kat sini.” Bertubi-tubi perasaan tidak puas hatinya diluahkan. Dadanya kelihatan berombak-ombak menahan perasaan amarah.
                “Mal nak belajar kat mana? Cuba bagitahu kak long. Sekolah ni sekolah yang terbaik. Mana Mal nak dapat sekolah yang macam ni?” Ayie masih mengawal suaranya.
                “Mal nak sekolah biasa je. Tak ada baiknya sekolah ni. Biasa je.”
                “Mal. You dapat scholar baru boleh masuk sekolah ni tau. What happen to you? Bukan senang Yayasan Datuk Badri tu nak taja pelajar.” suara Ayie yang lembut tadi mula tinggi.
                “Tapi Mal tak suka sekolah ni. Mal nak balik rumah. Mal tak mahu duduk sini?”
                “Sebab apa Mal tak suka?”
                “Sebab Mal tak suka la. Kak long bukannya faham!” Suara Akmal tiba-tiba tinggi.
                Ayie menarik nafas. Keadaan tegang. Dia harus menggunakan pendekatan lembut. Api dengan api, akan bertambah marak.
                “Mal tahukan apa harapan abah dan mama pada Mal? Mal anak lelaki tunggal. Abah letak harapan yang tinggi pada Mal. Abah nak Mal jadi engineer Huffaz yang berjaya.” Ayie mengerling kea rah Akmal yang tertunduk rapat.
                “Akmal tak mahu penuhi impian mama dengan abah ke? Kami semua yakin pada kemampuan Akmal. Akmal dah hafal quran nak dekat habis dah. Tinggal lagi 8 juzuk je kan?” sambung Ayie lagi.
                Akmal mengangguk perlahan. Ayie perasan ada air mata yang bergenang di ruang mata adiknya itu.
                

Saturday, January 29, 2011

Entri main-main. percubaan

Kisah.Ini.Tentang.Aku
                Izham memetik suis kipas siling, tubuhnya dihempas di atas sofa menghadap siling. Matanya bergerak-gerak berpusing mengikut putaran kipas. Pening. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah televisyen yang sedang terpasang. Cerita apa yang sedang ditayangkan, dia tidak ambil pusing. Dalam fikirannya, penuh bercelaru. Serabut. Serabai. Apa lagi kalimah yang mampu menggambarkan keadaan tidak tentu arahnya sekarang.
Sekali lagi keluhan dilepaskan, baju –T dibuang daripada tubuhnya. Panas tubuhnya setelah menolak motor sejauh 5 kilometer. Motornya pancit di tengah jalan tadi. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menolak ke bengkel Ah Seng. Memang malang betul.
Bau minyak wangi yang bercampur dengan peluh sudah menghasilkan satu bau yang paling terbaik. Suasana rumah sunyi sepi. Rasyid, Kashah, dan Anas sudah keluar. Dating la. Aktiviti biasa sewaktu hujung minggu. Dia pun baru sahaja pulang berjumpa dengan kekasih hatinya. Tapi masih layakkan digelar kekasih hati selepas apa yang berlaku. Satu lagi keluhan dilepaskan.
                “Mas kena kahwin akhir tahun ni.” Ayat pertama yang keluar dari mulut wanita tersebut setelah membisu sejak mereka berjumpa tadi.
“Sekarang pun boleh. Tapi Mas jangan letak tinggi la. Abang tak ada duit lagi. Kerja pun dispatch je ni.” Izham tertawa kecil.
                Mas merenung tajam, sambil menggeleng beberapa kali. Air matanya sudah mula merembes keluar turun mengalir di pipinya.
“Mas?” Izham merenung Mas. Tawanya tadi terhenti. “Sorry, abang bergurau je tadi.” Izham jadi kaget. Tangannya pantas menarik tisu di tepinya, dihulur kepada Mas. “Abang minta maaf. Abang bergurau je tadi.” Runtun hatinya melihat wanita yang dicintainya mengalirkan air mata.
Mas menggelengkan kepalanya sambil tangannya mengelap pipi dan matanya.
“Abang minta maaf.” Izham masih tidak putus-putus memohon maaf.
“Tak, abang tak salah. Mas yang salah. Mas..” Dia berhenti seketika. Matanya merenung wajah lelaki dihadapannya. Lelaki yang dicintainya sepenuh hati. “Mas minta maaf. Mas kena dengar cakap ayah. Ayah suruh mas kawin. Mas tak mau. Mas dah bagitahu, Mas ada abang tapi ayah paksa Mas juga. Mas tak tahu nak cakap apa kat ayah.” Tangisan Mas makin kuat.
                Izham terkedu. Gelas teh tarik yang baru hendak mencecah bibirnya sebentar tadi, diletakkan kembali. Suasana sekeliling seakan berputar-putar ketika mendengar bicara dari bibir wanita dihadapannya ini. Wanita yang dikasihinya. Yang telah mengajarnya erti cinta. Yang telah mengajar kepadanya erti kasih sayang. Yang telah mengajarnya erti kejujuran, erti kesetian. Tetapi saat ini, wanita ini yang telah mengkhianatinya. Ya, wanita dihadapannya ini bakal berkahwin. Tetapi bukan dengannya. Wanita ini bakal menjadi hak orang lain.
                Izham menarik nafas panjang. Tubuhnya disandar kekerusi. Tangannya menggosok kepala. Kusut.
                “Cuba Mas bincang elok-elok dengan ayah. Atau kalau Mas nak abang jumpa dengan ayah Mas pun boleh. Abang boleh pergi bincang dengan ayah Mas.”
                Mas menggeleng kepalanya. “Tak ada gunanya abang. Ayah Mas tak akan tukar lagi keputusannya. Ayah tak yakin dengan abang. Abang tak ada kerja tetap lagi. Ayah nak Mas kahwin dengan orang yang kerja kerajaan.”
                Izham meraut mukanya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Ya, awal lagi dia sudah membuktikan kepada ayah Mas yang dia tidak mampu mengahwini anak perempuannya. Dia tidak mempunyai kerja yang tetap. Kerjanya sebagai dispatch tidak dapat menjanjikan kemewahan kepada Mas. Yang paling utama, dia tidak bekerja dengan kerajaan
                “Tapi Mas, abang baru je habis belajar. Tak boleh ke ayah Mas bagi abang masa. Abang akan cari kerja tetap. Dispatch ni pun hanya untuk sementara je.”
                “Abang dah setahun habis belajar. Tapi Mas tengok masih tak ada apa-apa kemajuan. Masih kerja yang sama.” Suara Mas kedengaran agak mendatar.
                “Ayah Mas yang tak boleh tunggu ke.. Atau Mas sendiri yang tak boleh tunggu? Terus terang Mas. Mas sendiri kan yang dah bosan dengan abang. Mas dah tak boleh tunggu abang lagi kan? Betulkan Mas?” Ujar Izham sedikit agak mengeluh.
                “Abang tak boleh tuduh Mas macam tu.” Suara Mas tinggi. “Setahun Mas bagi peluang pada abang. Setahun lepas, Mas merayu pada ayah supaya bagi abang peluang. Tapi abang langsung tak hargai peluang yang kami bagi. Abang masih macam ni. Siang kerja dispatch, malam jual burger. Sampai bila abang nak kerja macam ni? Dan sampai bila Mas kena tunggu abang cukup duit untuk hantar rombongan pada Mas?”  Dia mendengus marah lantas menjeling tajam ke arah Izham. Memang lelaki ini tiada masa hadapan.
                Izham menarik nafas panjang. Dia dah tak perlu untuk cakap apa-apa. Keputusan sudah dibuat. Cakap pun tak guna. Hatinya sudah remuk. Bukan cara dia untuk merayu. Dadanya sakit seperti ditusuk belati. Dia menggosok kepalanya berulang kali. Tindakan biasa yang menunjukkan keserabutan yang melanda.
                “Apa yang Mas nak abang buat sekarang?.” Soalnya memandang tepat ke mata wanita dihadapannya. Intonasinya kini perlahan. Dia sudah tidak nampak sinaran cahaya dari mata wanita tersebut. Sinaran cahaya tersebut sudah pudar.
                “Tak ada apa lagi yang perlu dibuat. Semuanya dah berakhir. Antara kita dah tamat.”
                Izham mengeluh perlahan. Segalanya sudah berakhir. Antara dia dan Mas dah berakhir.
                Bunyi deringan dan getaran telefon bimbit mengejutkan Izham. Dia pantas menyeluk poket jeansnya. Geli dengan getaran selagi panggilan tersebut tidak diangkat.
                Mama. Matanya mengerling sekilas ke arah skrin. Dengan rasa malas dia paksa dirinya menjawab juga panggilan tersebut.
                “Along. Abah sakit.” Suara mama bercampur tangisan menerjah gegendang telinganya. Dia melompat bangun dari pembaringan. “Along balik ye.” Tangisan mama kuat kedengaran.
                Dia mengangguk. “Ye. Along balik hari ini jugak.”